Monday, June 1, 2015

HELLO PENANG part 1

HELLO guys. Lama gila dah aku tak update blog. last update 2012. Kali aku nak cerita trip aku ke penang. Aku pergi penang dengan bestfriend aku, Azaris berdua je.

Kitorang memang zero knowledge pasal Penang and tak pernah pergi Penang. Azaris tu lain lah memang pernah pergi Penang tapi dengan family. 

Kebanyakan perjalanan kami di Penang menggunkan public transport, ada sikit tumpang strangjer, ada sikit minta tolong kawan. 

So before pergi sana, kitorang rancang nak pergi naik tren sebab nak acah2 backpackers gitu! But masa tak mengizinkan. So kitorang sempat book flight and naik malindo air sebab time tu flight tengah murah. 

Perjalanan bermula dekat airport subangdan naik Malindo Air. salah satu sebab aku book Malindo Air sebab dekat dengan rumah and macam tak terkejar-kejar. Flight aku ambil pukul 10.25 but aku dah standby kat airport awal sikit. Sebab ambil pengajaran daripada a group of my friend yang pergi awal and tertinggal flight. huhu 

Before boarding
Dari airport nak ke hostel, aku ambil public transport. Naik bus rapid Penang No: 401 dan berhenti dekat Komtar. Actually boleh je turun dekat lagi tapi disebabkan tak tahu so aku amek keputusan turun dekat komtar. Jalan jauh sikit tapi tetap sampai.

Depan Hostel !
Dalam pukul 12.30 sampailah kami di guesthouse kami dekat jalan muntri. Ok aku kat penang ni stay dekat RYOKAN MUNTRI HOSTEL. 

Aku nak tahu sangat apa yang best sangat hostel ni sampai dapat award by tripadvisor antara the best lodging dekat penang categories lodging lah. Actually memang best sangat even kena share dengan stranger. Pagi-pagi ada sarapan padahal kitorang bukan makan sangat pon. 


Petang tu, lepas je check in. Perot dah berbunyi. Apa lagi kitorang pon pergi melantak Nasi Kandar Hameed dekat Lebuh Campbell. Yess totally worth it even pricy sikit. Sedap compare dengan Nasi Kandar Line Clear. (aku try dua-dua k.!) So tak bias.

Ayam madu terbaik!



After dah puas melantak kitorang move ke bukit bendera. Si Azaris ni acah-acah nak beli lock tu tapi bila sampai sana tengok harga terus tak jadi beli. So siapa yang nak lock nama dia ngan pakwe lah kononnya so bawa dari rumah siap-siap. 

Dari georgetown nak ke bukit bendera korang just take bus rapid Penang no 204. Jangan risau last stop dia kat bukit bendera. Aku punya plan sebenarnya nak pergi kok lek si temple tapi memandangkan masa tak berkesempatan dengan hujannya lepas turun dari bukit bendera .











So dekat atas bukit bendera ni korang boleh view permandangan Penang and ada banyak kedai ice mango sampai korang tak tahu nak pilih mana satu. Seriously memang sedap.! So dalam pukul 4 kitorang turun dari bukit bendera untuk balik ke georgetown. 

So balik georgetown hujan . Korang boleh ambil bus no yang sama masa korang pergi tadi. Dekat georgetown plan asalnya nak pergi Fort Cornwallis tapi masa tak mencukupi. So kitorang pergi pekena Mee Sotong Hameed dengan coconut shake.

Mee Sotong memang sedap but coconut shake tu biasa saja. Lepas dah makan mee sotong, kitorang pergi chew jetty. Chew jetty tu dekat sikit dengan pelabuhan weld. Dekat situ, ada banyak jetty yang unik yang mana korang boleh tengok masyarakat cina tinggal dekat rumah atas air. Cantik sangat. 

Padahal Sebenarnya nak pergi clan jetty tapi jauh sangat. Si azaris dah malas. 







Pada Sebelah malam kitorang pergi meneruskan misi seterusnya. Pergi makan Pasembur menari dekat gurney drive. Yang ni kawan aku bawa. Takde maknanya nak naik bus semata nak pergi gurney drive. Nak kata sedap biasa je and maybe sebab aku tak suka sangat pasembur. hehehee. Lepas sejam tu kitorang pergi try sup hameed . Makan sup cicah dengan roti. Memang sedaplah supper macam ni. So Habislah journey pertama kitorang.

Wednesday, July 25, 2012

BBQ

Entri ini ada mengandungi unsur-unsur yang akan menggugat keimanan anda ketika berpuasa.:)

Hello. Salam ramadan pada semua. Setelah bosan-bosan and asyok tengok blog ni bersawang jer, aku pon nak merajinkan diri update blog. So hari ni den nak cito yang clas den ada buat bbq. Tujuan bbq ni nak merapatkan silaturrahim yang dah lama rapat dan nak mengeyangkan perot yang asyik lapar tak kenyang.
So pada hari isnin , tanggal 16 july kelas eden telah menganjurkan bbq yang telah diadakan di rumah GG dan telah dianjurkan oleh wan khalidah and hanna ohsem.

The BBQ NIGHT!



 time ni kitorang menunggu driver  so sempat-sempat lah posing-posing.
Dalam gambar ni dua orang manusia gedik:) hahaha.

 pis-pis pulak tau lah tak sabar nak makan

 akak ni tak sabar nak makan. Tengok air kordial wan buat macam sedap jer.

 Bajet hot pulak akak dua orang ni.



 kuah speghatti made by chef athirah

 alamak budak dua orang ni sentiasa menyemak. bajet-bajet rajin padahal aku yang kena basuh kuali tu.

after washing the dish. senyum lebar-lebar nak pergi mana kak.

 GG tunjuk terror potong tembikai.

 she is wan. dia sangat garang.

 dah wan nak letak ais afiq ni menyebuk pulak dah.

 ni dia bbq kami

 maaf, gambar ini kabur sebab ada orang hot macam zafar.

 Mek ni nak tunjuk terror pulak

 buah tembikai yang dah di potong, tapi kalau mask masterchef mesti kena dismiss sapa yang potong ni.

 wan dengan afiq ni sejak bila pandai bersweet2. cleaning proses.

siapakah jejaka yang pakai jersi no 8 ni.


 panas sangat ke budak baju merah ni.

 tekunnya peanut masak. boleh jadi calon menantu

 before

 after

 ini ely. dia sangat pendiam

 tak habes-habes muka hang. hanna ohsem heheh

 tiga gadis idaman

 kalau lah idin tengok ju ni macam manalah.
 why wayer. rupanya pandai masak.
bertuah mak mentua.








Sekian dari kami:) class bel miss jenny menanti.